Asyraf Wajdi, Wan Fayhsal ‘berperang’ di media sosial

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini membalas ‘serangan’ Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan membangkitkan kembali cadangan ‘mencetak wang kertas’ yang pernah dikemukakan Ketua Armada Bersatu itu.

Kenyataan balas Asyraf Wajdi itu dipercayai susulan tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkenaan memuat naik hantaran berserta gambar beliau menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Dalam hantaran itu, Wan Ahmad Fayhsal turut menyertakan laporan media kenyataan Asyraf Wajdi berhubung pendirian Umno menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri berserta kapsyen: ‘Lebih sudu dari kuah. Yang diberi tak menolak,Yang ditepi tersedak-sedak’

Susulan itu, Asyaraf Wajdi berkata, beliau sekurang-kurangnya mengemukakan 10 tuntutan untuk kerajaan tambah baik pakej bantuan kepada rakyat.

“Sekurang-kurangnya saya hantar 10 Tuntutan Rakyat untuk Tambah Baik Pakej Bantuan Rakyat yang sedang menderita untuk diselesaikan segera oleh Kerajaan.

“Bukannya suruh Kerajaan cetak wang kertas ataupun hantar surat sokongan minta projek,” sindirnya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, membalas kenyataan netizen di ruang komen, Asyraf Wajid berkata, hakikatnya Perikatan Nasional (PN) tidak belajar dari kejatuhan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Budaya inilah yang bakal menghancurkan kerajaan PN!

“Mereka tak belajar lagi daripada kejatuhan kerajaan BN dan PH apabila nafsu serakah menguasai diri hingga tembolok diri dan kroni rakus diisi dengan wang rakyat atas dasar pengkhianatan,” katanya.

Dalam ruangan komen itu, netizen memuat naik video pendek Wan Ahmad Fayhsal dipercayai sedang berucap dalam mesyuarat tertutup meminta sokongan untuk mengundinya demi ‘kepentingan’ bersama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here