TPM jumpa Ahmad Zahid

0
2

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman Ahmad Zahid di Kajang, pada hari pertama Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno memulakan tugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Tidak dapat dipastikan berapa lama pertemuan itu berlangsung, namun difahamkan kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu semasa melibatkan Umno dan kerajaan.

Gambar pertemuan itu dikongsi Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said di Facebooknya.

“Salam Jumaat. InsyaAllah segala yang baik datang daripada Allah S.W.T. Tahniah YB Presiden dan YAB Timbalan Perdana Menteri,” tulis Azalina.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Pada malam yang sama, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan menarik sokongan kepada Muhyiddin serta-merta.

Justeru Umno meminta Muhyiddin berundur agar Perdana Menteri interim boleh dilantik dalam tempoh terhad.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata Ahli-Ahli Parlimen Umno bebas membuat keputusan sendiri sama ada menyokong atau tidak jika ada usul percaya atau tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Parlimen akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here