PKPD: Mohon kebenaran perkhidmatan kesihatan mata

0
1

Persatuan Optometris Malaysia (AMO) meminta kerajaan menjadikan perkhidmatan optometri dalam sektor kesihatan bagi membolehkannya memberi khidmat kepada pesakit mata.

Presidennya, Ahmad Fadhullah Fuzai berkata pemeriksaan dan penjagaan rawatan mata oleh seorang optometris turut merangkumi aspek kesihatan dan memerlukan pengurusan klinikal.

“Ia bukan sekadar ujian penglihatan atau kuasa cermin mata sahaja sebaliknya tahap kesihatan mata seseorang itu memerlukan pemeriksaan teliti sebelum preskripsi optikal diberikan.

“Optometris dan Optician berbeza seperti mana seorang doktor gigi yang berlainan dengan tukang Gigi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Fadhullah, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penting untuk seorang optometris memeriksa mata pesakit yang melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman mata serta pemeriksaan fungsi penglihatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) terkini hanya membenarkan penjualan cermin mata, pembaikan dan tukar ganti peranti.

“Ia mengekang dan menghalang seseorang optometris untuk melakukan pemeriksaan mata yang lengkap dalam menentukan sama ada seorang pesakit perlu diberikan preskripsi cermin mata atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat sokongan daripada persatuan mewakili pakar mata dan berharap permohonan mereka dipertimbangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here