Pejuang terima 2,000 permohonan dalam masa 2 hari

0
1

PARTI Pejuang Tanahair (Pejuang) menerima 2,000 permohonan untuk menjadi ahli hanya dua hari selepas pendaftarannya disahkan, Khamis lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah berkata jumlah itu tidak termasuk 20,000 permohonan awal untuk menyertai parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Alhamdulillah, petang kelmarin hingga pagi ini, kita telah mendapat keahlian baru sebanyak 2,000 keahlian dan kita telah memproses 20,000 keahlian terawal. Ayuh daftar Keahlian Pejuang,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir dilaporkan berkata pihaknya mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai yang berminat menyertai parti itu.

Pihaknya sudah memperoses 20,000 kumpulan ahli terawal yang sebelum ini sudah mengisi borang tunjuk minat untuk menjadi ahli sebelum penubuhan Pejuang diluluskan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here