Pelajar IPT boleh pulang bermula 12 Julai

0
2

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke rumah masing-masing bermula 12 Julai ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan pergerakan pelajar di IPT secara berfasa bagi memastikan pergerakan mereka terkawal.

“Bagi fasa permulaan, pergerakan pelajar hanya dibenarkan di kawasan yang tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Pergerakan pelajar dalam kawasan PKPD hanya dibenarkan selepas tempoh tersebut tamat,” katanya.

Dalam pada itu, KPT menetapkan kaedah pergerakan sehala pelajar iaitu menggunakan pengangkutan bas yang diselaraskan IPT masing-masing dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat.

“Pergerakan pelajar menggunakan kenderaan sendiri turut dibenarkan. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan merentas negeri untuk membawa pelajar pulang.

“Bagi pelajar yang pulang ke Sabah, Sarawak dan Labuan, kos ujian calitan (swab test) RT-PCR akan ditanggung sepenuhnya kerajaan.

“Kos kuarantin pula akan ditanggung oleh kerajaan negeri masing-masing,” katanya.

Cuti semester IPT bermula Julai hingga Oktober 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here