Chong Wei, isteri lengkapkan 2 dos vaksin Covid-19

0
1

Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Wong Mew Choo telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Perkara itu dikongsi pemenang tiga pingat perak Olimpik berturut-turut itu menerusi hantaran di Facebooknya.

“Berjuta terima kasih kepada pihak pentadbiran dan frontliners yang bertungkus-lumus memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dijunjung.

“Tidak senang, tapi kalau semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing, kemenangan atas wabak covid akan menjadi kenyataan.

“Jom! Ayuh ambil vaksin! Semoga tidak lama lagi, kembalilah kita ke dunia yang dikenali semua,” kata Chong Wei.

Jaguh badminton berusia 37 tahun itu turut menzahirkan rasa kecewa susulan lonjakan kes Covid-19 hari ini yang mencecah 9,180 kes hari ini.

“9180 kes ini hari, sememangnya kita kecewa… kita penat… kita lesu, tetapi sabarlah,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here