Anwar tanya, PKP dan darurat ini untuk apa sebenarnya?

0
2

CUKUPLAH raikan kegagalan ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes baharu Covid-19 yang terus melonjak apabila merekodkan 9,180 kes baharu hari ini, iaitu tertinggi sejak wabak melanda negara.

Ahli Parlimen Port Dickson itu seterusnya mempersoalkan apa sebenarnya tujuan darurat yang masih berkuatkuasa ketika kes harian terus melonjak.

“Rumah-rumah sakit makin sesak, rakyat makin tertekan, dan seolah seperti tiada jalan keluar.

“PKP dan darurat ini untuk apa sebenarnya?,” ciapnya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

Lonjakan kes harian menyebabkan keseluruhan kes dalam negara terus meningkat kepada 817,838 kes.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, Selangor turut memecah rekod apabila mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 4,400 kes.

Ia mengatasi rekod tertinggi sebelum iaitu 4,152 yang dicatatkan negeri itu semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here