TPM beri jaminan ‘kunci rapat pintu belakang’

0
2

PEMUDA Umno hari ini bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyampaikan suara dan tuntutan rakyat melalui 10 cadangan yang dirumuskan pergerakan itu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan dikemukan itu adalah bagi menambahbaik bantuan kepada rakyat.

“Datuk Seri amat komited dan bersetuju untuk jadikan semua #TuntutanRakyat ini sebagai keutamaan beliau setelah dilantik sebagai TPM.

“Bukan itu sahaja InsyaAllah, dalam isu PKPD “Total Lockdown”, beliau juga akan pastikan tindakan tegas diambil dan tiada lagi kompromi untuk membolehkan kilang-kilang penyumbang infeksi virus dibuka sewenangnya.

“Tiada lagi pintu belakang dibuka bahkan akan dikunci serapatnya”,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambah Asyraf, Ismail Sabri yang mula memasuki pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini turut memberi jaminan kepadanya yang beliau akan terus mempertahan dan membela nasib rakyat dalam apa jua keadaan.

“Asyraf, don’t worry! Saya di sini kerana Umno. Saya akan pastikan suara rakyat yang diperjuangkan oleh Pemuda, akan saya sama-sama perjuangkan. Bantulah saya!,” demikian kata Timbalan Predana Menteri dipetik dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda Umno akan terus kekal menjadi wakil kepada suara rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka.

“InsyaAllah Pemuda Umno akan terus menjadi jurubicara rakyat dan suara semak dan imbang bagi memastikan Kerajaan benar-benar mendengar dan menyantuni rakyat yang ketika ini dalam kesempitan dan kesusahan,” katanya.

Beliau menyenaraikan 10 permintaan rakyat untuk tambahbaik bantuan.

  1. Segerakan Bantuan Khas Covic (BKC) (Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk Miskin Tegar; RM100 untuk Bujang)
  2. Luluskan kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja).
  3. Permudahkan proses rayuan tanpa perlu melalui banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan.
  4. Lembaga Hasil Dalam Negeri wajar mengambil kira data terkini. Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat.
  5. Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40.
  6. Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum, contohnya RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah simpanan dalam Akaun KWSP.
  7. Benarkan akses kepada Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui karenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.
  8. Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.
  9. Selaraskan kaedah penawaran Moratorium yang dibuat oleh Bank-Bank dengan tidak mengenakan faedah terakru sehingga rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih Moratorium. Perluaskan juga Moratorium kepada agensi kerajaan termasuk LPPSA.
  10. Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here