‘Surat’ ahli-ahli Parlimen bukan dikeluarkan Pejabat S/U Agung BN

0
3

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan media mewakili ahli-ahli Parlimen BN semalam.

Zambry berkata, beliau dihubungi pelbagai pihak dan media untuk mengesahkan surat tidak berlogo dan bernama yang tersebar sejak semalam berkaitan kenyataan didakwa dikeluarkan ahli-ahli Parlimen BN.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan kesahihan surat tersebut tidak dapat disahkan dan tiada pihak tampil untuk mengaku bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Pejabat Setausaha Agung BN hanya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi yang diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan persetujuan bersama dalam kalangan pimpinan utama BN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zambry berkata amalan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ahi-ahli Parlimen BN dalam menentukan sebarang keputusan bersama tetap terpelihara.

Justeru katanya, sebarang langkah dan tindakan dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan menimbulkan keraguan dan perpecahan dalam kalangan BN amat dikesali

Semalam, satu kenyataan dikeluarkan kepada media didakwa daripada ahli-ahli Parlimen BN yang membuat keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut kenyataan itu, pendirian tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang memberi kebebasan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya, jika berlaku pengundian dalam sesi Parlimen akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here