PERSIDANGAN Cawangan empat peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Cawangan yang melibatkan 66,287 mesyuarat di seluruh 191 bahagian akan diadakan pada 15 Ogos hingga 30 September 2021.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata persidangan Cawangan tanpa pemilihan jawatan itu boleh dihadiri hanya 1/4 kehadiran atau 25% jumlah ahli.
Jumlah itu, katanya cukup korum dan dibuat secara maya atau bersemuka jika prosedur operasi standard (SOP) membenarkan.
“Tankh-tarikh untuk Mesyuarat Perwakilan Bahagian 4 peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian serta Perhimpunan Agung Umno tanpa pemilihan dengan kehadiran hanya 1/4 danpada jumlah ahli akan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.-Malaysiapost

