Pelayaran pasukan pertama berlepas ke Tokyo

0
2

PASUKAN pelayaran yang terdiri daripada tiga pegawai dan empat atlet menjadi pasukan pertama kontinjen Malaysia berangkat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad pelayaran berlepas pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan penerbangan Malaysia Airlines.

Pasukan pelayaran ke Olimpik diketuai atlet berpengalaman, Khairulnizam Mohd Affendy (laser lelaki) bersama Nur Shazrin Mohamad Latif (laser wanita), Nor Aisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (International 470 wanita).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail turut meluangkan masa mengiringi pelepasan skuad pelayaran, bersama Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim.

Menurut perkongsian MSN di Facebooknya, kumpulan kedua atlet Malaysia dijangka berlepas ke Tokyo 17 Julai ini dan kumpulan terakhir pada 25 Julai 2021.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengajak rakyat Malaysia agar bersama-sama mendoakan semoga perjalanan mereka ke Tokyo lancar dan selamat.

Foto: MSN

“All the best Skuad Pelayaran Negara – Juni, Eyin, Nizam dan Essa, serta jurulatih – Sahir, Hafizi dan Afendy,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here