91 lagi kematian Covid-19 dicatat hari ini

0
2

Nilam Oshman

MALAYSIA mencatatkan 91 kes kematian hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 5,768 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 4,863 kes sembuh direkodkan hari ini.

Ia menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 719,678.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 7,097 yang membabitkan 7,071 kes tempatan dan 26 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 74,344 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 799,790 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 948 dengan 441 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here