Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin tingkat keupayaan kerajaan PN

0
3
Malay Mail

BERSATU percaya pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Hishammuddin Hussein mampu meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya,
Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata parti itu menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Wan Saiful turut yakin rakyat menyokong pengharapan yang disebut dalam pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri, bahawa pelantikan ini seharusnya dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan.

“Perpaduan dan kesatuan inilah yang diharapkan rakyat, kerana ia menjadi teras penting dalam usaha menjaga kebajikan rakyat, membina semula ekonomi dan memastikan kita menang bersama dalam memerangai wabak Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyokong sepenuhnya azam kerajaan PN untuk memperkukuh pentadbiran dengan tadbir urus telus, bebas rasuah dan berintegriti.

“Nilai-nilai ini amat penting demi memastikan amanah kuasa mentadbir negara dimanfaatkan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat terbanyak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here