29 premis termasuk kilang diarah tutup

0
1

SEBANYAK 29 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga semalam pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 2,239 kilang, 16,666 premis perniagaan, 641 tapak pembinaan dan 11,369 premis perniagaan.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 85,948 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan melibatkan 21,338 anggota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here