
SEBANYAK 10 lokaliti membabitkan lima negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 9 hingga 22 Julai 2021.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selepas kesemua lokaliti itu mencatat peningkatan kes dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Justeru, katanya, PKPD dilaksanakan untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.
“Pada masa sama, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti berikut:
- Seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan meliputi lapan mukim iaitu Ampangan; Labu; Lenggeng; Pantai; Rantau; Rasah; Seremban dan Setul.
- Kampung Sungai Imam, Tawau
- Dua perkampungan di Putatan, Sabah iaitu Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat
- Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu
- Kuarters Pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan
- Kawasan Perindustrian Indahpura serta tujuh lokaliti dalam Kawasan Perindustrian Senai iaitu:
Kawasan Perindustrian Indahpura dan Kawasan Perindustrian Senai melibatkan Kawasan Industri Senai Fasa 1; Kawasan Industri Senai Fasa 2; Kawasan Industri Senai Fasa 3; Kawasan Industri Senai Fasa 4; Taman Perindustrian Senai; Taman Perindustrian Murni Senai dan Senai Airport City (SAC).
- Dua Taman Perumahan di Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf
- Kampung Balibata, Beaufort, Sabah
- Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah
- Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan – Malaysiapost
