MOT perkukuh kerjasama dengan Ismail Sabri, Hishammuddin

0
1

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan menjalin kerjasama erat bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam usaha membawa Malaysia keluar daripada waktu sukar demi kepentingan rakyat serta negara secara keseluruhannya.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kedua-dua pemimpin itu memiliki kepakaran dan pengetahuan luas dalam bidang masing-masing yang berupaya memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

Beliau berkata, ia khususnya ketika negara sedang berdepan waktu sukar akibat pandemik Covid-19.

“Semoga dengan pelantikan ini, ia bukan sahaja dapat menguatkan pentadbiran kerajaan, tetapi juga dapat merancakkan lagi usaha bersama memerangi Covid-19 dan memulihkan semula negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here