Saya hanya mahu bekerja demi rakyat, negara – Hishammuddin

0
2
KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media selepas Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

DATUK Seri Hishammuddin Hussein berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan melantiknya selaku Menteri Kanan Luar Negeri.

Dengan pelantikan ini, saya akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik Covid-19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-Allah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya,” katanya menerusi kenyataan.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, negara mampu keluar daripada krisis pandemik itu bersama-sama.

“Percayalah, apa jua jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendirian saya tetap sama – hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati.

“Saya berdoa, semoga Allah SWT meredhai ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here