Pemilihan Ismail Sabri sebagai TPM amat tepat – PAS

0
2
Ismail Sabri

PAS menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri amat tepat
berdasarkan pengalaman beliau sebagai menteri dan menteri kanan.

Malah, Ismail Sabri adalah pemimpin Umno paling kanan dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan serta ahli PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ismail Sabri atas pelantikan tersebut.

“PAS yakin beliau akan dapat membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan.

Takiyuddin berkata PAS turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Beliau yang juga merupakan anggota kanan dalam kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarangsa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here