Netizen sambut baik pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM

0
1
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada media di Pusat Pengagihan Vaksin (PPV) PWTC hari ini.

PELANTIKAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diumumkan hari ini, disambut baik oleh warga maya.

Tinjauan Malaysiapost di ruangan komen di Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menunjukkan rata-rata pengguna memberi reaksi positif di atas pelantikan tersebut.

Pengguna Facebook, Norsakinah Abu Bakar menzahirkan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri serta Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Norsakinah berharap mereka dapat menjalankan tugas sebaik mungkin bagi menangani penularan Covid-19.

“Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin.. moga terus berusaha mengekang covid 19,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Noor Hassan pula mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana melakukan keputusan yang tepat dengan melantik seorang Timbalan Menteri untuk membantu memulihkan negara.

“Tahniah, terbaik dan terima kasih Perdana Menteri. Semoga Allah SWT permudahkan semua urusan kerajaan dalam menangani isu covid d rakyat juga negara.

“Semoga cepat sembuh PM aamiinnn Aamiin Aamiin ya Allah,” katanya.

Suhainizam Sharif turut menyokong Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

“Tahniah… lantikan TPM yang baru, saya sangat sokong, kerana tiada rekod sejarah politik kotor, tiada kontroversi,” katanya.

Shafiq Amran pula menyatakan rakyat bersetuju dengan pelantikan kedua-dua pemimpin itu dan berharap mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Alhamdulillah… Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin bagus..rakyat setuju..tahniah jadi TPM Datuk Seri…jalankan tugas dengan baik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here