Johor benarkan solat Jumaat, 5 waktu di masjid, surau

0
2
Orang ramai hadir di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Jumaat dengan penjarakkan 1.5 meter ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

JOHOR membenarkan solat Jumaat dan fardu lima waktu di masjid dan surau Jumaat serta surau yang diberi kebenaran Jumaat sementara, berkuatkuasa pada waktu solat fardhu 9 Julai ini.

Perkara itu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ia dimaklumkan hari ini menerusi kenyataan bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Datuk Md Rofiki Md Samsudin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Kenyataan itu menyebut, keputusan itu dibuat demi menjaga dan menghidupkan syiar Islam di Johor dan ia hendaklah dilaksanakan sebagaimana berikut:

1) Had bilangan jemaah masjid dan surau bagi solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan fardu lima waktu adalah sebagaimana ketetapan di bawah ini:

1.1) SOLAT FARDHU JUMAAT DAN SOLAT SUNAT AIDILADHA:

1.1.1) Semua Masjid di Negeri Johor :

Bilangan jemaah adalah 50 orang dari kalangan Imam, bilal dan Noja, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau serta ahli kariah yang digilirkan di kawasan itu sahaja.

1.1.2) Surau Jumaat dan surau Jumaat sementara:

Bilangan jemaah adalah 20 orang dari kalangan Imam, bital dan Noja, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau serta ahli kariah yang digilirkan di kawasan itu sahaja.

1.1.3) Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau dan jemaah yang hadir ke masjid atau surau adalah yang telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 kecuali kepada Imam, Bilal dan Noja yang bertugas.

1.2) SOLAT FARDHU LIMA WAKTU:

1.2.1) Masjid dan surau:

Bilangan jemaah adalah 20 orang dari kalangan Imam, bilal dan Noja, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau serta ahli kariah di kawasan itu sahaja.

1.2.2) Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah Masjid dan Surau dan jemaah yang hadir ke masjid atau surau adalah yang telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 kecuali kepada Imam, Bilal dan Noja yang bertugas.

2) Mana mana jemaah lelaki yang mukallaf dan tidak mendapat giliran hadir solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat, hendaklah menunaikan solat zohor di rumah dan pada waktu solat Jumaat tidak dibenarkan berada di tempat awam seperti pusat membeli belah, pusat rekreasi kerana akan menimbulkan fitnah kepada agama Islam. Pihak berkuasa hendaklah memastikan perkara di atas dipatuhi mengikut bidangkuasa masing-masing.

3) Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hendaklah membuat pemantauan S0P masjid dan surau, masjid dan surau yang didapati metanggar S0P hendaklah ditutup.

4) Solat jenazah (bukan kes Covid-19) di masjid dan surau dibenarkan dengan bilangan jemaah tidak melebihi 20 orang. Aktiviti ziarah tanah perkuburan Islam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan dengan mematuhi SOP. Kehadiran semasa pengebumian jenazah dibenarkan tidak melebihi 50 orang tidak termasuk petugas tanah perkuburan dengan syarat bukan jenazah pesakit Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here