Covid itu hampir, tetapi Allah itu lebih hampir!

0
1

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

JIKA dapat limau masam, buatlah air limau. Maksudnya, jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat.

Cuba gembira dengan kehidupan kita – rumah kita kecil, baik, kita jaga kebersihan; kereta kita tidak segah orang lain, baik, kita jaga kebersihan kereta itu dengan baik. Kita perlu suka apa yang kita dapat.

Inilah yang dimaksudkan dengan dapat limau masam buatlah air limau. Jangan dikutuk-kutuk, tambah saja gula dan jadilah air limau.

Tragedi-tragedi atau perkara-perkara yang kita tidak suka yang sudahpun berlaku dan berlalu, jangan dikenang-kenang.

Jangan kita izinkan peristiwa-peristiwa negatif menyengat kita dua kali. Satu ketika kita kena dahulu, satu lagi ketika kita mengenang semula peristiwa itu.

‘Yesterday end last night’. Apa yang telah berlaku, biarkan dia berlalu. Setelah kita ambil pengajaran daripadanya, jangan kita kenang-kenang lagi. Jangan gergaji habuk kayu. Perkara sudah berlaku, ambil pengajaran.

Insya-Allah kita tidak akan mengulang kesilapan itu buat kali kedua. Ini sifat orang Mukmin.

Orang Mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali kerana apabila dia jatuh sekali, dia sabar dan dia belajar daripada kesalahan atau kesilapan itu.

Dalam hidup kita, memang Allah selang-selikan ada masa manis, ada masa pahit, ada masa gembira, ada masa suka. ‘Kabhi khushi kabhi gham”. Ada masa gembira, ada masa bersedih.

Allah menyusun dunia ini seperti Allah menyusun negara-negara yang empat musim.

Ada musim bunga, ada musim dingin, ada musim panas, ada musim luruh. Semua musim ini membentuk bumi yang subur.

Apabila kita berada dalam musim sejuk, tiba-tiba ada musim bunga, kemudian datang pula musim panas dan sebagainya. Jadi dengan itu tanah digemburkan menjadi lebih subur.

Kita bukan tuan, lebih-lebih lagi bukan Tuhan… terima seadanya apa yang ditakdirkan. Kita tidak akan mampu mengubah arah angin, kita hanya boleh mengawal kemudi pelayaran kita.

Sumber: Facebook Pahrol Mohamad Juoi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here