Bayaran “one-off” Pingat Jasa Pahlawan Negara bermula hari ini – PDRM

0
1

BAYARAN “one-off” RM500 Fasa kedua bagi Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 10,000 penerima petugas dan pesara polis, bermula hari ini.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zaini Jass berkata proses pembayaran itu akan diberikan secara berperingkat.

Jelasnya, bayaran itu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan meringankan beban kewangan kepada semua pesara, bekas dan petugas polis era darurat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, PDRM meminta pesara, bekas dan petugas polis era darurat (penerima manfaat) yang masih belum mendaftar serta mengemaskini maklumat dan dokumen bagi tujuan pemberian “one-off” ini agar berbuat demikian melalui sistem online ePESARA PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta persatuan-persatuan pesara polis dan bekas polis untuk membantu ahli-ahli serta pesara yang lain bagi mendaftar dan mengemaskini dokumen di dalam sistem berkenaan.

“Sekiranya memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi balai polis atau ibu pejabat polis daerah berdekatan untuk mengemaskini pendaftaran anda.

“Semakan status permohonan boleh dibuat melalui pautan https://epesara.rmp.gov.my.

“Sukacita dimaklumkan juga proses pembayaran peruntukan ini dibuat secara berperingkat sehingga Disember 2022, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman di talian hotline 03-22668387,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here