Kajian saringan air liur selesai, sensitiviti lebih 90 peratus – Noor Hisham

0
2

INSTITUT Kajian Perubatan (IMR) selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kaedah ujian saringan COVID-19 itu mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“Dua ujian kendiri (Rapid Antigen test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebhi 90 peratus.

“MDA sedang memperincikan panduan pengunaan dan InshaAllah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Mei lalu, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata orang ramai dijangka boleh melakukan ujian pengesanan Covid-19 terhadap diri sendiri melalui sampel air liur dalam masa terdekat.

Ia selepas dua kit ujian berkenaan berada dalam pendaftaran dengan MDA yang dihasilkan oleh dua syarikat berbeza.

Sekiranya hasil ujian menunjukkan positif Covid-19, individu berkenaan perlu hadir ke fasiliti kesihatan KKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here