Aaron Aziz mengaku salah

0
3

PELAKON, Aaron Aziz meminta orang ramai termasuk netizen tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah berhubung isu pusat tahfiz miliknya di Langkawi yang dirobohkan.

Beliau mengakui perkara itu berlaku adalah disebabkan kesalahannya.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak sebab itu di luar kawalan dan tidak boleh berbuat apa-apa. Benda dah berlaku dan orang yang patut dipersalahkan adalah saya.

“Saya salah kerana saya tak check (periksa) betul-betul tapi tak apa.. tak ada masalah. Benda tu bukan teruk manapun. Saya posting (muat naik) sebab saya harus umumkan untuk membina sekali lagi.

” Jadi penderma-penderma akan bertanya kenapa bina lagi? Sebab itulah, saya nak inform (maklum) saja bukan nak salah mana-mana pihak,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, isu ini tiada kena mengena dengan kerajaan, politik, lesen atau permit.

“It just happen to be like that (ia terjadi sebegitu), saya tak nak cerita banyak. Saya pun tak nak orang dapat dosa buat andaian sendiri, spekulasi sendiri dan timbul fitnah mana-mana pihak.

“Jangan spekulate (buat andaian) dah selesai pun dan kita akan bina semula. InshaAllah, tiada masalah,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak mendoakan segala urusan untuk pembinaan semula pusat tahfiz berkenaan dipermudahkan. -Malaysiapost