Siasatan terhadap Khairuddin hampir selesai

0
2

SIASATAN berhubung kes melanggar perintah kuarantin Covid-19 membabitkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hampir selesai.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang turut memaklumkan kertas siasatan akan dihantar ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan hampir selesai. Tak lama lagi kita akan hantar kertas siasatan kepada TPP,” katanya seperti dilaporkan TMI.

Mohd Khairuddin dilaporkan melanggar kuarantin wajib selepas kembali dari Turki 7 Julai lalu.

Pada 28 Ogos, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu memberi keterangan selama tiga jam di Bukit Aman berhubung siasatan itu.

Khairuddin dilapor telah membayar kompaun RM1,000 pada 7 Ogos dan turut memohon maaf serta mendermakan empat bulan gajinya kepada Tabung Covid-19.