Mesyuarat BN sedang berlangsung, tentukan hala tuju BN?

0
2

DI SEBALIK spekulasi bertiup kencang Umno bersedia menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN), pemimpin Barisan Nasional (BN) sedang menghadiri mensyuarat di PWTC ketika ini.

Menurut sumber, mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan kemelut politik yang melanda ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan perincian butiran mesyuarat itu diadakan.

“Segala butiran dan hasil mesyuarat ini akan dikeluarkan menerusi kenyataan nanti, jadi tunggu sahajalah apa yang bakal diputuskan BN menerusi mesyuarat ini,” katanya.

Iklim politik negara kembali hangat ketika tempoh darurat hampir tamat menjelang Ogos ini.

Umno seperti yang diputuskan oleh Perhimpunan Perhimpunan Agung (PAU) lalu, sering kali mengingatkan kerajaan PN bahawa sokongan parti itu terhadap kerajaan akan berakhir Ogos ini.

Malah Umno berterusan melaungkan sedia bila-bila masa untuk menoktahkan kerjasama dengan kerajaan PN.

Umno juga mendesak kerajaan untuk tidak menyambung tempoh darurat dan tidak terus menggantung sidang Parlimen.

Terdahulu tengah hari ini, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan turut memaklumkan bagi Dewan Negara pula akan diadakan selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.

Mesyuarat itu bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here