Lebih 8,000 pelajar diberi janji temu vaksinasi

0
2
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KERAJAAN telah memulakan program vaksinasi kepada pelajar berusia 18 tahun terutama mereka yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata setakat ini lebih 8,000 janji temu sudah diberikan kepada golongan terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun terdapat isu di mana pada tarikh vaksinasi diberikan terdapat mereka yang belum lagi mencecah usia 18 tahun.

“Untuk membolehkan golongan ini divaksinasi mereka perlu mencecah usia 18 tahun pada tahun ini

“Syarat lain yang perlu dipenuhi adalah ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani surat perakuan kebenaran bagi tujuan ini,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, kerajaan memutuskan bagi mereka berusia 17 tahun tetapi akan berusia 18 tahun pada tahun ini, maka dibenarkan vaksinasi terutama yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurutnya, ia bagaimanapun dengan syarat ibu bapa atau penjaga menandatangi surat kebenaran itu dasar yang akan dimaklumkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

“Sehingga minggu ini sejumlah 8,615 telah diberikan janji temu vaksinasi bagi permohonan awal untuk kategori pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara dalam program ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here