Lolos kawat duri, polis buru 2 lelaki

0
2

POLIS giat memburu dua lelaki dipercayai penagih dadah meloloskan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai selepas kejadian dua lelaki meloloskan diri itu tular di Facebook (FB) hari ini.

Katanya, suspek dipercayai penagih dadah dan meloloskan diri ke kawasan belakang sungai di PPR tersebut sebaik melepasi kawalan kawat duri.

“Polis sudah menjalankan operasi dan sedang mengesan mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi dua minit dan empat saat di FB yang menunjukkan dua lelaki merangkak melepasi kawat duri yang dipasang di PPR Pantai Ria itu.

PPR Pantai Ria diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjalani PKPD berkuat kuasa dari 1 Julai lalu hingga 14 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here