Lokaliti di Kelantan, Sabah diarah PKPD

0
1

TIGA lokaliti diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama 14 hari berkuat kuasa 6 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, berkata kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kuarters Ladang Lepan Kabu (A&B) dan sebahagian kawasan Kampung Pahi (kawasan bersempadan dengan Kuarters Ladang Lepan Kabu) di Kuala Krai, Kelantan.

Menurutnya, kerajaan juga melaksanakan PKPD di Kampung Jambatan Baru, Membakut di Beaufort dan Blok 6, Kampung Titingan di Tawau, Sabah.

Katanya, pelaksanaan PKPD itu bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

“SOP bagi kesemua kawasan PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here