Tak rasa bersalahkah mempertahankan kerajaan yang gagal, soal Zahid

0
1

PRESIDEN Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada pihak-pihak yang mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhenti daripada terus mempertahankan sebuah kerajaan yang gagal.

Tanpa menyebut pihak tersebut, beliau membangkit beberapa persoalan berkaitan dengan cara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani nasib rakyat yang kian tertekan memerangi pandemik Covid-19.

“Saya menyeru kepada pasukan-pasukan siber di sebelah sana, berhentilah. Apakah anda tidak rasa bersalah mempertahankan sebuah kegagalan berterusan?

“Adakah anda langsung tiada ‘empathy’ terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan? Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar?

“Tetapi saya percaya dalam sanubari anda tahu keadaan rakyat. Keadaan negara ketika ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid menambah, Umno akan terus memperjuangkan nasib rakyat dan masa hadapan negara.

“Rakyat adalah saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga anda. Malaysia tanah air anda. Selamilah denyut nadi rakyat, rintihan, keluhan, penderitaan dan kerisauan mereka.

“Dalam keadaan sekarang rakyat adalah keutamaan. Negara masa depan bersama. Jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik.

“Mereka hanya mahu hidup selesa di sisi keluarga. Fikirkan tentang mereka juga. Kerana itu, saya dan UMNO akan terus menyuarakan kepentingan rakyat serta negara,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here