16 kluster tempat kerja, Selangor tertinggi dengan 223 kes

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 19 kluster baharu Covid-19 dengan 16 daripadanya berkaitan kluster tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dua lagi kluster komuniti manakala satu di pusat tahanan.

Mengikut data dikongsi dalam kenyataan media Dr Noor Hisham, jumlah kes dalam kluster baharu hari ini direkodkan paling tinggi di Selangor dengan 223 jangkitan.

Sebanyak 2,901 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 871 daripadanya kluster aktif dan 2,030 lagi sudah tamat.

Perincian 19 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut :

Kluster Industri Seri Kembangan (Petaling) dengan 144 kes

Kluster Jalan Haji Taha (Kuching, Asajaya, Bau, Samarahan, dan Serian) dengan 121 kes

Kluster Industri Sungai Sembrong (Kluang) dengan 68 kes

Kluster Industri Taming Jaya (Hulu Langat dan Petaling) dengan 52 kes

Kluster Jalan Sri Raya (Melaka Tengah) dengan 51 kes

Kluster Industri Jalan Tech Valley Satu (Seremban) dengan 40 kes

Kluster Jalan Harmonium Tebrau (Johor Bahru) dengan 19 kes

Kluster Lingkaran Syed Putra (Lembah Pantai) dengan 16 kes

Kluster Jalan Songsang (Temerloh) dengan 15 kes

Kluster Industri Jalan Murni 12 (Kulai) dengan 14 kes

Kluster Zone B Selatan (Sepang, Petaling, Hulu Langat, dan Klang) dengan 14 kes

Kluster Industri Jalan Sultan (Klang) dengan 13 kes

Kluster Perindustrian Bakri Tiga (Muar) dengan 12 kes

Kluster Nusa Perintis Enam (Johor Bahru, Kota Tinggi, dan Pontian) dengan 11 kes

Kluster Lorong Perusahaan Empat (Seberang Perai Tengah) dengan 9 kes

Kluster Jalan Nagasari Satu (Seberang Perai Tengah) dengan 6 kes

Kluster Dah Mata Ayer (Langkawi) dengan 25 kes

Kluster Kampung Jaya Setia Badang (Kota Bharu) dengan 13 kes

Kluster Pagar Tebedu ( Tebedu dan Serian) dengan 29 kes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here