Baru tiba dari Gaza, Ebit Liew terus bantu orang susah di Malaysia

0
1

KURANG 24 jam selepas selesai menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Jumaat lalu pendakwah Ebit Lew kini beralih kepada usaha menyalurkan bantuan keperluan harian untuk golongan yang terkesan ketika pandemik Covid-19.

Ebit turut menzahirkan rasa sedih dengan kadar individu membunuh diri di negara ini yang semakin meningkat.

Oleh itu, Ebit menyeru kepada sesiapa sahaja yang kini dalam keadaan terdesak dan putus bekalan makanan segera menghubungi nombor telefon yang tertera di hantaran Facebooknya.

“Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri.

“Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama.

“Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu,” katanya dalam hantaran itu.

Berikut adalah senarai kawasan dan nombor telefon yang boleh dihubungi :

  1. Kota Kinabalu,Sabah 011 2182 0646
  2. Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 018 463 6181
  3. Semporna,Sabah 011 5902 3120
  4. Bintulu,Sarawak 016 403 5460
  5. Senawang,Negeri Sembilan 017 316 4974
  6. Kuantan,Pahang 011 6109 6263
  7. Kudat,Sabah 016 977 1243
  8. Pasir Mas,Kelantan 017 947 8716
  9. Sungai Petani,Kedah 011 2722 6330
  10. Ipoh,Perak 011 5152 3766
  11. Kunak,Sabah 016 603 3149
  12. Pasir Gudang, Johor 010 706 8364
  13. Kuala Terengganu 011 2050 7611
  14. Kuala Lumpur dan Selangor 017 629 6906

Sumber foto: FB/Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here