KKR arah henti kerja pembinaan di kawasan PKPD

0
3
Kelihatan seorang pekerja pembinaan bekerja di bawah matahari yang terik.

SEMUA kerja pembinaan dan yang berkaitan dengannya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang disenaraikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dihentikan.  

Ia susulan keputusan MKN melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula hari ini sehingga 16 Julai 2021.  

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia bermakna surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah diterima, tidak boleh digunakan untuk meneruskan kena pembinaan sepanjang tempoh PKPD.  

Namun, katanya pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritkal berdasarkan janji temu.  

“Bagi menjalankan kerja-kerja di atas, pihak yang terlibat boleh mendapat kebenaran dari balai polis terdekat. 

“Kementerian Kerja Raya menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan MKN bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan terlibat,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here