PKPD Selangor, KL diharap kawal jangkitan di Lembah Klang

0
2
Keadaan di sekitar Kuala Lumpur, Selayang dan Pasar Taman Tun Dr Ismail pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bersambung hari ini, 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur diharap dapat mengawal penularan Covid-19 dengan lebih berkesan di Lembah Klang.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata beliau percaya keputusan itu dibuat selepas kerajaan meneliti situasi Covid-19 khususnya di Lembah Klang yang masih mencatatkan angkat jangkitan tinggi setiap hari.

Justeru, katanya, kerajaan perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk menangani segera perkara itu.

“Maknanya baguslah… kalau kerajaan ikut data yang mereka ada mungkin perlulah beberapa kawasan di berkenaan dikenakan PKPD.

“Pelaksanaan PKPD ini tepat ataupun tidak kita tak tahu tapi mungkin betullah tindakan tersebut sebab berdasarkan kepada angka-angka harian Covid-19 dan mereka mahu fokus sesetengah tempat itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Kerajaan melaksanakan PKPD di beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu berdasarkan situasi Covid-19 Kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here