Tempat letak kereta percuma di bahu jalan KL mulai esok

0
2

PEMANDU kenderaan akan dikecualikan daripada membayar parkir di tempat letak kereta di bahu jalan sekitar ibu kota mulai mulai esok sehingga 31 Ogos ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya, berkata inisiatif terbabit bertujuan untuk meringankan beban warga kota.

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur adalah percuma.

“Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here