Cuma 2 zon hijau seluruh negara

0
2

HANYA dua kawasan di seluruh negara masih berada dalam zon hijau Covid-19 iaitu Daro di Sarawak serta Beluran di Sabah.

Berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat 30 Jun 2021, sebahagian besar daerah dan kawasan di seluruh negara kekal berada dalam zon merah.

Infografik dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan hanya terdapat 10 zon kuning di Semenanjung, serta 16 di Sabah dan Sarawak.

Sebanyak lapan zon jingga di Semenanjung serta hanya tiga di Sabah dan Sarawak.

Enam negeri zon merah sepenuhnya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur.

Keseluruhannya sebanyak 75,608 kes Covid-19 direkodkan di seluruh negara sepanjang 17 hingga 30 Jun 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here