MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan sokongan terhadap kempen #BenderaPutih ini bagi mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.
Kempen tersebut kini trending di media sosial sebagai saranan kepada mereka yang memerlukan bantuan agar mengibarkan bendera putih supaya jiran sekeliling dapat mengetahui dan berbuat sesuatu.
Insiatif bendera putih itu sebagai antara usaha mengelak mereka yang terkesan akibat pandemik agar tidak mengambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan insan tersayang.
“Saya bersama dalam kempen #BenderaPutih ini bagi mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.
“Jangan musnahkan generasi akan datang. Sampai-sampaikan, agar lebih ramai tahu erti isyarat ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” kata Zuraida menerusi hantaran di Facebooknya.

