Lelaki simpan kura-kura gergasi ditahan

0
2

SEORANG lelaki ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Lumpur selepas didapati menyimpan hidupan liar tanpa lesen dan permit khas termasuk spesies kura-kura gergasi.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas premis suspek di sekitar Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan serbuan itu berjaya merampas empat kura-kura jenis Sulcata Tortoise, dua kucing batu dan empat bahagian hidupan liar disyaki tanduk rusa.

“Operasi ini melibatkan anggota penguatkuasa daripada Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur.

“Suspek telah dibawa ke Balai Polis Damansara, Selangor untuk laporan polis dan kes akan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” menurut kenyataan itu.

Jabatan Perhilitan turut memaklumkan kesemua barang kes dibawa ke pejabat Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya. – Malaysiapost

Foto Kredit: PErhilitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here