PEMULIH: Pengumuman PM legakan kontraktor

0
1
logo pkbm

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) semalam bagi sektor pembinaan, memberi nafas baharu kepada kontraktor yang kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata pengenalan semula Variation of Price atau membenarkan perubahan harga bagi kontrak Perolehan Kerja Kerajaan sehingga 31 Disember 2021, memberi sedikit kelegaan kepada perubahan harga barang bahan binaan yang kini melambung tinggi seperti besi dan simen.

Katanya, kenaikan itu dilihat dilakukan secara sengaja oleh pembekal yang ingin mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan dari situasi mencabar sekarang ini.

“Bantuan kepada Kontraktor G1-G4 melaksanakan kerja-kerja secara sebut harga dan melalui kerja undian dengan penggunaan Jadual Kadar Harga Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan yang baru serta jadual kadar kerja elektrik, sudah pasti memberi kelegaaan kepada ramai kontraktor.

“Kerajaan juga akan membenarkan Lanjutan Masa atau Extension of Time bagi semua projek kerajaan yang terkesan mengikut klausa kontrak yang dibenarkan.

“Ini sudah pasti membantu ramai kontraktor yang berdepan masalah dan kekangan untuk menyempurnakan kerja terutama ketika arahan PKP 3.0 yang memaksa banyak pengendalian projek hanya berjalan dengan kapasiti minimum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu Azman berkata PKBM menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan Perdana Menteri bagi memacu sektor pembinaan negara.

“Harapan kami agar proses vaksinasi dapat dipercepat dengan mencadangkan pemberian vaksin dibuat secra ‘walk in’ atau pandu lalu dengan pelaksanaan 24 jam bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

“Kami sedia membantu inisiatif ini melalui Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) atau apa cara sekali pun terutama disektor pembinaan.

“PKBM akan terus menyokong dan bersama kerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan aktiviti ekonomi negara dapat diteruskan dan rangkaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan segera,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here