Kartunis Aie meninggal dunia

0
3

KARTUNIS terkenal, Saari Sulong, 48, atau Aie meninggal dunia kira-kira jam 4.pagi tadi alibat komplikasi buah pinggang.

Allahyarham dikenali dengan lukisan karekter kartun Abe dalam majalah Ujang.

Perkhabaran sedih itu dikongsi Kartunis Ujang atau Ibrahim Anon menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirrojiun. Mendapat perkhabaran duka….Kartunis Aie pelukis karekter Abe meninggal dunia jam 4 pagi tadi di kediamannya di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor kerana komplikasi buah pinggang.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah,” tulis Ujang.

Karekter Abe yang dipopularkan oleh Allahyarham

Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973 namun dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor.

Beliau menghabiskan 25 tahun usianya dalam dunia kartun dan komik dengan memegang portfolio sebagai Kartunis, Ilustrator, Pelukis Komik, Pereka Grafik, Ketua Studio, Penolong Ketua Kartunis, Ketua Unit Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan.

Antaranya yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here