Ebit Lew bersyukur dapat masuk Gaza

0
2

“SYUKUR pada Allah team kami berada di Gaza, Palestin,” kongsi pendakwah Ebit Lew menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini selepas berjaya memasuki wilayah bergolak itu.

Ebit sebelum dilaporkan terkandas kira-kira sebulan di Kaherah, Mesir kerana menanti kebenaran masuk ke Gaza.

Menurutnya, pasukan misi kemanusiaanya masuk ke wilayah Gaza dengan diiringi Tentera Mesir dan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza.

“Ada lebih 30 NGO seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu,” tulisnya.

Sehubungan itu Ebit merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar,  Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membantu misi mereka sejak mula lagi.

“Setiap hari kami bermesej. Datuk Seri call (hubungi) Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita.

“Terima kasih Wisma Putra Datuk Ida Murni dan Kedutaan Besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.

“Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar.  Terima kasih juga kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada Palestine Red Crescent Society serta Bulan Sabit Merah Malaysia, selain kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan sepanjang perjalanan.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.

“Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut.

“Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.

Ebit bersama pasukannya berangkat ke Kaherah untuk misi ke Gaza pada 25 Mei lalu dan pada 27 Mei beliau memaklumkan telah membeli barang keperluan asas dan ubat-ubatan yang dimuatkan dalam dua trelar besar serta beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza hari ini.

Bagaimanapun misinya terkandas atas faktor keselamatan selain perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

Difahamkan, perjalanan menggunakan jalan darat dari Kaherah ke sempadan Rafah untuk memasuki Gaza mengambil masa kira-kira enam jam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here