JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia sedang menyiasat ke sembilan kera mati disyaki diracun di Jalan Bukit Kukus di Ayer Itam, Pulau Pinang, kelmarin.
Menurut Perhilitan, siasatan awal mendapati sembilan kera terbabit mati disyaki terdapat unsur-unsur akibat diracun.
“Bagaimanapun, jenis racun dan punca kera diracun masih dalam siasatan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 86 (Kezaliman terhadap hidupan liar) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (π΄ππ‘π 716) kerana kera (πΏπππ-π‘πππππ ππππππ’π) merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah [π΄ππ‘π 716],” katanya menerusi kenyataan.
Semalam polis sudah menerima laporan berhubung kes sembilan monyet liar yang ditemukan mati dipercayai akibat diracun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, laporan polis dibuat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di perumahan berhampiran.
Terdahulu, dua video menunjukkan beberapa monyet dalam keadaan hampir mati tular di media sosial hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. – Malaysiapost

