Restoran, kedai makan dibenar beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam

0
2
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

MULAI esok, premis makanan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan dan kios turut dibenarkan melanjutkan operasi.
Sebelum ini, kesemua premis berkenaan hanya dibenarkan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini selepas mendengar rayuan pelbagai pihak.

Menurutnya sebelum ini operasi membabitkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh mulai 1 Jun lalu.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here