Pejuang belum edar borang

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

PARTI Pejuang Tanahair (Pejuang) belum mengedarkan borang keahlian bagi mematuhi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang sedang memproses pendaftaran parti itu.

Bakal Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata oleh kerana ramai yang berminat menyertai Pejuang, satu borang tunjuk minat akan dibuka secara atas talian untuk mengumpul butiran pemohon.

“Setelah parti didaftar secara rasmi, butiran itu akan diambilkira sebagai permohonan untuk menjadi ahli parti.

“Sayugia diingatkan bahawa apajua borang lain yang diedarkan, baik secara hardcopy mahupun online tidak dikeluarkan oleh Urusetia Penubuhan Parti dan tidak diiktiraf sebagai borang rasmi.

“Semua yang berminat menjadi ahli Pejuang diminta hanya berurusan secara langsung dengan Urusetia Penubuhan, dan menantikan borang online yang akan disiarkan dalam tempoh terdekat ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Mukhriz pada 20 Ogos lalu menyerahkan borang pemohanan pendaftaran parti itu kepada ROS.

Mukhriz juga sudah bersedia dan turut menyediakan logo parti iaitu berwarna biru ‘pantone’.

Katanya, dalam logo berkenaan terdapat tiga titik yang membawa maksud Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.-Malaysiapost