MTUC bantah pengeluaran i-Sinar

0
2

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini, membantah pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) kerana akan memberi implikasi besar kepada pesara yang berkemungkinan tidak mempunyai wang simpanan mencukupi pada masa akan datang.

Setiasusaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, pihaknya menggesa kerajaan mencari alternatif lain bagi membantu golongan terkesan akibat penularan Covid-19.

“Kerajaan juga disaran memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M20) sebanyak RM1,200 sebulan dengan mencari sumber lain bagi tujuan tersebut.

”MTUC tidak mahu kejadian pesara berada di bawah jambatan atau tiada tempat tinggal berulang kembali. Kerajaan seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

“Selain itu , tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk mencari dana bagi tujuan membantu pekerja. Jangan usik duit simpanan pekerja bagi menunjukan bahawa bantuan telah diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan car aitu, kerajaan telah mengambil kredit ke atas simpanan pekerja, sedangkan itu adalah simpanan hari tua mereka,

Kerajaan sebelum ini dikatakan akan mengumumkan pemberian moratorium, i-Sinar KWSP seperti didesak banyak pihak dalam menghadapi saat sukar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurut kenyataan itu, MTUC membantah cadangan tersebut kerana tidak dibincangkan dengan pihak yang berkepentingan seperti MTUC dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dalam isu yang melibatkan simpanan pekerja.

MTUC mendesak agar moratorium automatik selama enam bulan diberikan kepada seluruh rakyat.

“Moratorium 1.0 telah dilaksanakan dan berjaya membantu pekerja. Keuntungan bank masih baik dan ini adalah indikasi yang membolehkan bank wajar memberikan moratorium automatik 2.0.

“Kerajaan perlu memberi tekanan kepada bank-bank untuk bersama berkongsi keuntungan dengan pelaksanaan moratorium automatik ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut meminta agar melantik wakil kesatuan sebagai Ahli Lembaga Pengarah KWSP.

“Penyertaan wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah amat penting untuk menjaga kepentingan simpanan pekerja.

”Sehingga kini MTUC telah menghantar tiga surat kepada Kementerian Kewangan bagi maksud tersebut,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here