PERDANA Menteri dan kerajaan terus membisu mengenai pembukaan Parlimen, kata Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata, sekiranya laporan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini adalah benar, justeru ia merupakan kali kedua.
“Lebih seratus hari dulu, juga dah dipanggil mengadap. Lepas tu, Istana Negara keluar kenyataan YDPA bertitah Parlimen boleh bersidang semasa darurat.
“Namun, Perdana Menteri dan kerajaan membisu. Kemudian, minggu lepas Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja zahirkan pandangan untuk Parlimen bersidang secepat mungkin,” katanya.
Tetapi, beliau berkata, Perdana Menteri pula mengumumkan akan tubuh jawatankuasa untuk teliti sama ada boleh ataupun tidak Parlimen bersidang.
“Kedua-dua Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat sudah keluar kenyataan bersama bahawa Parlimen boleh bersidang.
“Bagaimanapun, Perdana Menteri masih berdiam diri, walaupun the ball is in his court, tapi belum tahu apa kerajaan nak buat.
“Dalam krisis, memangnya negara perlu kepada kepimpinan,” ujarnya. Malaysiapost

