81 kes kematian Covid-19 hari ini

0
2

MALAYSIA mencatatkan 81 kes kematian hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 4,884 kes.

Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 5,193 kes sembuh direkodkan hari ini.

Ia menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 662,932.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 60,646 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 728,462 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 866 kes dengan 435 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here