7 lagi lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD

0
1

SEBANYAK tujuh lokaliti membabitkan dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 28 Jun hingga 11 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selepas kesemua lokaliti itu mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Justeru, katanya, PKPD dilaksanakan untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.

“Pada masa sama, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:

  1. Kilang Sawit Bell (termasuk perumahan kilang), Kinabatangan, Sabah
  2. Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat, Sabah
  3. Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, Sabah
  4. Kampung Tuunon, Penampang, Sabah
  5. Penjara Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah
  6. Tringkap, Cameron Highlands, Pahang
  7. kawasan sekitar Bandar Jerantut, Pahang – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here