9 kluster tempat kerja dikenalpasti hari ini

0
1

SEBANYAK sembilan lagi kluster baharu melibatkan tempat kerja dikenalpasti Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah itu adalah daripada keseluruhan 14 lagi kluster baharu yang dilaporkan KKM di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kluster tempat kerja tertinggi iaitu tiga membabitkan Kluster Industri Tanjung Suria, Tapak Bina Cybersouth Utama dan Industri Jalan Enam Salak Tinggi.

Kluster tempat kerja di negeri lain yang dicatatkan hari ini adalah dua di Johor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur (Kluster Tapak Bina Pintasan Segambut), Pulau Pinang (Kluster Jalan Usaha Jaya), Kelantan (Kluster Bandar Rantau Panjang) serta Melaka (Kluster Industri Serkam 2).

Selain itu, beliau berkata, terdapat satu kluster berkaitan aktiviti komuniti iaitu di Sarawak dan Kelantan.

“Turut direkodkan ialah satu kategori Kluster Pusat Tahanan di Selangor dan Sabah serta satu kategori kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu di Perak iaitu kluster Changkat Intan membabitkan daerah Hilir Perak dan Batang Padang yang setakat ini menyebabkan 35 kes dikesan positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhan sejak pandemik bermula terdapat 2,755 kluster Covid-19 di negara ini.

“Jumlah kluster yang sudah tamat adalah 1,887 manakala jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan membabitkan 868 kluster,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here