Moratorium, i-Sinar akan diumumkan dalam masa terdekat – Menteri Kewangan

0
1

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz memaklumkan bantuan kepada rakyat termasuk moratorium automatik serta i-Sinar akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta agensi-agensi berkaitan.

Katanya, kerajaan sentiasa menitikberatkan pandangan dan suara rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Tengku Zafrul menyatakan kerajaan sedang mencuba untuk mencari jalan penyelesaian yang mampu bagi memenuhi keperluan semua pihak yang terhimpit kerana PKP 3.0.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/06/25/bantuan-i-sinar-i-lestari-kerajaan-sedang-cari-jalan-penyelesaian/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here